MAGHRIBI – Seorang pemancing terkejut apabila menangkap seekor ikan aneh yang memiliki gigi mirip manusia di perairan Tangier di negara ini.
Brian Summerlin, 38, memberitahu, pancingnya direntap dengan kuat dari dalam air dan mendapati ia seekor ikan sheephead apabila berjaya menaikkan ikan itu.
Ikan tersebut memiliki berat sekitar 7.52 kilogram dan merupakan spesies sheephead yang paling besar pernah ditangkap di perairan tersebut.
Ikan yang sama dan paling berat pernah ditangkap di perairan negeri Maryland sebelum ini memiliki berat 6.39 kilogram.
“Saya sangat gembira kerana sukar untuk memecahkan rekod. Kami seluarga juga seronok dapat menikmati sheephead adalah salah satu ikan kegemaran kami,” katanya memetik laporan The Mirror. – Agensi