Wan Rosdy Wan Ismail

BENTONG – Sesiapa sahaja boleh mendakwa keluar parti dan menyertai pembangkang lebih-lebih lagi ketika musim  pilihan raya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihak pembangkang sentiasa berusaha mewujudkan sentimen bagi mengelirukan pengundi.

Beliau sekaligus menyangkal dakwaan kononnya 30 bekas ahli UMNO rasa tersisih dan menyertai parti Pas.

“Belum pasti betul-betul. Entah betul ahli UMNO entah bukan.

“Mereka (Perikatan Nasional) mewujudkan sentimen atau persepsi seolah-olah menggambarkan keluar dari UMNO. Mungkin seorang dua tapi tak semua,” katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang.

Beliau berkata demikian ketika menyantuni 500 Orang Asli dalam Program Ramah Mesra dan Santuni Saudaraku Perkampungan Orang Asli Daerah Bentong di KOA Sungai Gapoi di sini semalam.

Tambah Wan Rosdy, pembangkang boleh meletakkan berapa sahaja angka penyertaan bagi mencetuskan kekeliruab pelbagai pihak kerana persoalannya tiada siapa yang akan menyemak kesahihan isu berkenaan.

“Dia nak wujidkan persepsi konon-konon 30 orang, 300 sekali pun orang sapa nak semak? Saya pun boleh kata, ada ahli keluar dari Pas. Ni 50 orang bekas ahli Pas nak masuk UMNO serahlan borang,” selorohnya.

Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata, proses pembuangan ahli UMNO bukan semudah yang disangka dengan melalui beberapa proses mengikut perlembagaan parti.

“30 orang itu kalau kata nak saya semak tak mungkinlah. Tiada keperluan buat semakan sebaliknya kita akan fokus PRK. Itu hanya dakwaan sahaja. Nak buang ahli bukan semudah itu, contohlah calon bebas dia jadi calon bebas jadi pelucutan ahli serta-merta.

“Tapi untuk kes lain perlu menghadapi proses, kena hantar laporan ada jawatan kuasa, bukan pecat-pecat macam itu sahaja,” katanya.

Justeru  amat penting untuk rakyat menilai prestasi bukan persepsi kerana jika bermain dengan prestasi angka tidak boleh berbohong.

Terdahulu MalaysiaGazette ada melaporkan seramai 30 individu mendakwa ahli dan penyokong UMNO terasa tersisih dan beralih arah penyertai Pas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast