Sisa tumpahan punca pencemaran di parit Jalan Haji Said, Kampung Bukit Bayan, Bukit Katil, Melaka pada 4 Oktober lalu disahkan sebagai bahan pencuci yang tidak mengandungi sebarang bahan kimia berbahaya.

MELAKA – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka sudah mengenal pasti pelaku yang dipercayai membuang sisa buangan di kawasan parit di Jalan Haji Said, Kampung Bukit Bayan, Bukit Katil di sini malam tadi.

Pengarahnya, Rosli Mustafa berkata, ia susulan aduan awam diterima berkenaan pembuangan sisa berkenaan kira-kira 7.30 malam tadi.

“Kita juga telah mengenal pasti pelaku dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk persampelan sisa dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia hari ini.

“Tiada penduduk diarahkan berpindah akibat kejadian ini namun kita telah mengarahkan pihak berkenaan membersihkan sisa buangan itu,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Terdahulu tular kejadian dipercayai melibatkan aktiviti pembuangan sisa bahan berjadual di kampung berkenaan yang disyaki dilakukan individu daripada luar dari Melaka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast