KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemui mati di tepi longkang di susur keluar ke Jalan Lingkaran Tengah 2 dekat Gombak, petang semalam.
Pemangku Ketua Polis Gombak, Supritendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, siasatan awal mendapati simati, warga tempatan berusia 63 tahun.
Pemeriksaan fizikal pada tubuh mangsa didapati tiada sebarang kecederaan.
Menurutnya, pengecaman yang dilakukan oleh anak kandung simati mengesahkan lelaki itu mempunyai masalah mental.
Mayat telah dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.
Setakat ini, katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – MalaysiaGazette