SERDANG – Polis sedang memburu sebuah kereta yang dipercayai dipandu secara melulu dan berbahaya serta menggunakan siren dan lampu kecemasan di atas jalan raya.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner AA.Anbalagan berkata, perbuatan pemandu itu dikesan semalam (Selasa), melalui satu video tular berdurasi 48 saat di media sosial Facebook.

“Penelitian polis dalam video itu mendapati sebuah kenderaan awam jenis Proton Saga telah menggunakan siren beserta lampu kecemasan yang dipandu secara  berbahaya dan melulu di lokasi Jalan Serdang Perdana Seri Kembangan.

“Siasatan awal polis mendapati rakaman video tersebut telah dirakam pada 2 Oktober lalu dan kemudian telah ditularkan di media sosial,” katanya dalam kenyataan tengah malam tadi.

Tambah beliau, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai insiden tersebut.

Katanya, siasatan diteruskan dan usaha dipergiatkan untuk mengesan kenderaan bagi tindakan lanjut polis dan siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama tempoh lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan maksimum RM15,000,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast