Shahidan Syed Saddiq hijrah UMNO kuat veteran pengampunan BN PH PRN
Mustapha Yaakub

BENTONG – Hanya pemimpin yang bersifat seperti Abu Jahal sahaja yang menyeru rakyat  supaya tidak tahu bersyukur dan kufur kepada nikmat Allah.

Oleh itu, Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub meminta masyarakat Felda agar tidak mengendahkan seruan pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang meminta peneroka di Dewan Undangan Pelangai usah mengenang jasa UMNO.

Tegas beliau, seruan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhil Shaari itu bukan sahaja tidak islamik tetapi berbaur hasutan.

“Kenyataan beliau (Ahmad Fadhil) sekarang bukan masa untuk mengenang jasa UMNO-BN adalah cukup tidak bertanggungjawab selain mengajar peneroka supaya tidak bersyukur dengan nikmat Allah.

“Dalam al-Quran Allah dengan jelas memberi peringatan ‘sekiranya kamu wahai manusia tahu bersyukur di atas nikmat aku, maka akan ku tambahkan lagi nikmat itu.

“Tetapi sekiranya kamu kufur ingkar terhadap nikmat ku, maka ketahuilah azab ku amat pedih’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, Ahmad Fadhli berkata, peneroka Felda di DUN Pelangai harus ingat bahawa sekarang bukan lagi masa untuk membalas budi UMNO dan Barisan Nasional.

Sebaliknya Ahli Parlimen Pas itu berkata, teori penyelesaian masalah hutang peneroka Felda datangnya daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu menjadi Perdana Menteri.

Mengulas lanjut kenyataan itu, Mustapha berkata, taktik berkenaan digunakan oleh Ahmad Fadhil selepas Pas gagal menjual Islam dalam kempennya di DUN Pelangai.

“Saya harap peneroka Felda di Kemasul, Chemomoi dan Kemahal tidak terpedaya dengan hasutan dajal yang bertopengkan agama Islam,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.