Hamdan Abdullah

BENTONG – Perikatan Nasional (PN) mendakwa calon Barisan Nasional BN, Datuk Amizar Abu Adam bukan pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai sebaliknya beliau merupakan pengundi di DUN Ketari.

Pengarah Pilihan Raya Negeri Jawatankuasa Operasi PN Negeri Pahang, Hamdan Abdullah mendakwa, data tersebut yang diperoleh daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

”Calon BN-DAP Dato Amizar Abu Adam bukanlah pengundi di DUN N36 Pelangai, beliau adalah pengundi Ketari, namun beliau berkempen agar pengundi Pelangai beri undi kepadanya.

”Kami lihat, walaupun ini dibenarkan undang- undang pilihan raya, jelas sekali calon BN-DAP tidak bersama Pelangai,” kataya.

Hamdan turut mendakwa BN menggunakan hampir semua agensi kerajaan, sama ada agensi negeri dan Persekutuan dalam program dan aktiviti kempen di Pelangai.

Dakwaan itu hasil dapatan lensa bilik operasi.

Mengulas peluang calon-calon yang bertanding, Hamdan berkata, PN sedang bersaing secara sihat dengan BN, sekalipun BN cuba untuk tidak kaitkan kebersamaan mereka dengan parti chauvanis DAP.

“Kebarangkalian UMNO-DAP gagal pertahankan Pelangai kerana pengundi mahukan perubahan lebih baik dan kehendak itu ketara di pekan Simpang Pelangai dan di Felda. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

Comments are closed.