Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) giat melakukan kerja-kerja persiapan bagi hari mengundian pada hari esok sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi bagi Dewan Orang Ramai, Felda Kemasul. Foto MOHD ADZLAN, 05 OKTOBER 2023.

BENTONG – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan  sekurang-kurangnya 75 peratus pengundi akan menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai, esok.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh mengingatkan para pengundi membawa kad pengenalan.

”Kita mohon semua pengundi dapat keluar pada masa yang telah ditetapkan. sasaran kita PRU lepas 78 peratus jadi kita anggarkan 75 peratus keatas,” katanya ketika melakukan pemeriksaan peti undi di Dewan orang Ramai Felda Kemasul, di sini, hari ini.

Selain itu, Abdul Ghani mengingatkan pengundi agar tidak menyerahkan kad pengenalan kepada pihak tidak berkaitan.

Sementara itu, Abdul Ghani menjangkakan keputusan rasmi bagi pilihan raya itu diperoleh pada jam 9 malam esok.

SPR menetapkan tempoh masa mengundi bermula 8 pagi hingga 6 petang membabitkan sembilan pusat mengundi dengan 30 saluran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast