Bekas Presiden Persatuan Belia Baharu University Malaya (UMANY), Wong Yan Ke (kanan) berjalan keluar selepas hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan mengingkari arahan penjawat awam mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 13 NOVEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini memberikan kata dua dengan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga bulan terhadap seorang graduan Universiti Malaya (UM).

Hukuman itu yang dihadapi tertuduh, Wong Yan Ke yang berusia 27 tahun atas kesalahan mengaibkan bekas Naib Canselor UM, Dauk Ir. Dr. Abdul Rahim Hashim dalam istiadat konvokesyen pada empat tahun lalu.

Hakim Majistret, Illi Marisqa Khalizan ketika membacakan keputusannya berkata, pembelaan tidak berjaya menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap tertuduh dan yakin perbuatan itu dilakukan dengan niat.

“Mahkamah tidak setuju dengan pihak peguambela bahawa graduan ini tidak mempunyai pilihan kecuali menyuarakan pandangan sewaktu majlis konvenkesyen. Mahkamah juga tidak yakin tertuduh tidak tahu perbuatan ini boleh mengundang keadaan tidak tenteram serta menggangu  tetamu semasa konvokesyen.

“Banyak lagi cara lain boleh dilakukan,” katanya sebelum menjatuhkan hukuman itu.

Sebelum ini, Yan Ke mengaku tidak salah atas dakaan mengaibkan Dr Abdul Rahim sehingga mendatangkan kemarahan beliau dan tetamu pada Majlis Istiadat Konvokesyen ke-59 di Dewan Tunku Canselor di sini pukul 10 pagi pada 14 Oktober 2019.

Yan Ke membawa plakad ke dalam Dewan Tunku Canselor UM untuk mendesak pemimpin universiti meletakkan jawatan sambil melaungkan perkataan ‘Tolak Rasis’, ‘Undur VC’ dan ‘Ini Tanah Malaysia’.

Tindakan itu dipaksa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan sama dan membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Graduan itu dipaksa telah menggunakan nama UM untuk politik kaum dan kepentingan parti semasa Kongres Maruah Melayu yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu (PKMM) UM. -MalaysiaGazette