KUALA LUMPUR – Suasana gamat seketika di galeri awam Mahkamah Tinggi, di sini, apabila bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyapa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bekas Menteri Kesihatan itu dilihat berbual dengan Najib seketika sebelum prosiding penyewelengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bermula, lapor The Edge.
MalaysiaGazette difahamkan, kehadiran Khairy Jamaluddin ke mahkamah atas urusan kes lain.
Dalam pada itu, penganalis politik, Lim Sian See dalam hantarannya di laman Facebook berkata: “KJ lawat mahkamah hari ini untuk bercakap dengan DSN (Najib). Apa yang KJ mahu,”.
Tulisan itu juga mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen hari ini.
KJ merupakan antara pemimpin yang agak lantang mengkritik Najib terutamanya dalam dakwaan skandal 1MDB namun sejak beberapa bulan kebelakangan ini, beliau dilihat ‘positif’ dengan pentadbiran serta kepimpinan bekas Presiden UMNO itu terutamanya dalam ruang ‘Keluar Sekejap’.
Najib berdepan 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion yang didepositkan dalam akaun AmBank miliknya, antara Februari 2011 dan Disember 2014. – MalaysiaGazette