Chew Mei Fun
Chew Mei Fun

PUTRAJAYA – Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua dan bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan kedua-dua membayar ganti rugi RM350,000 kepada bekas Setiausaha Agung MCA, Datin Chew Mei Fun tahun lalu.

Mahkamah Rayuan sepatutnya mendengar rayuan berhubung ganti rugi ditetapkan pada tahun lalu kepada Pua dan Bee Yin selepas didapati memfitnah Mei Fun berhubung kelulusan penjualan tanah di Selangor.

Peguam mewakili Pua dan Bee Yin, Syahredzan Johan memberitahu mahkamah pada prosiding pagi ini kedua-dua anak guamnya mahu menarik balik rayuan.

Berikutan itu, keputusan Mahkamah Tinggi oleh Hakim Datuk Roslan Abu Bakar yang memutuskan Pua dan Bee Yin bertanggungjawab memfitnah Mei Fun melalui tiga artikel disiarkan dalam portal berita online The Malay Mail, Free Malaysia Today dan Nanyang Siang Pau pada tahun 2017 kekal.

Kerajaan Perpaduan
Tony Pua

Ketika itu, Roslan memerintahkan Pua dan Bee Yin masing-masing membayar RM200,000 dan RM150,000 kepada Mei Fun bagi ganti rugi am dan ganti rugi teruk dan turut memerintahkan kedua-dua defendan membayar kos berjumlah RM50,000.

Roslan berkata, artikel itu memberi gambaran bahawa Mei Fun selaku Ahli Parlimen dan pemimpin MCA telah menggunakan kedudukan dan pengaruhnya dalam jawatankuasa untuk membolehkan pembelian tanah oleh MCA di bawah nilai pasaran.

Selain itu Pua dan Bee Yin mendakwa Mei Fun telah menyalahgunakan kuasa serta meletakkan dirinya dalam kedudukan konflik kepentingan.

Yeo Bee Yin

Pua dan Bee Yin mendakwa Mei Fun didakwa meluluskan penjualan tanah di Selangor di bawah nilai pasaran ketika beliau berada dalam Jawatankuasa Tanah Daerah.

Bagaimanapun plaintif tidak pernah menjadi ahli jawatankuasa seperti didakwa oleh defendan, sehubungan itu mahkamah berpuas hati bahawa plaintif berjaya membuktikan semua empat kenyataan dikeluarkan oleh defendan adalah memfitnahnya.

Defendan (Pua, Bee Yin) juga tidak pernah mengesahkan dengan pihak berkaitan atau melalui dokumen sama ada Mei Fun adalah ahli jawatankuasa. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast