Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin beramah mesra bersama dengan Timbalan Perdana Menteri Negara Kemboja sempena dengan Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ke 21 yang telah berlangsung di Phnom Penh, Kemboja.

MELAKA – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus proaktif memperkasa dan meluaskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan hanya dalam negara malah merentas rantau Asia Tenggara termasuklah di Kemboja.

Ia dizahirkan menerusi pertemuan antara Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin bersama dengan Timbalan Perdana Menteri Kemboja Sun Chanthol, baru-baru ini.

Ia bersempena dengan perasmian Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ke 21 yang telah berlangsung di Phnom Penh, Kemboja.

Massila berkata, pertemuan itu telah berjaya menyuntik hubungan kerjasama dua hala antara Malaysia bersama dengan tunggak kepimpinan dan pentadbiran baharu negara berkenaan.

Jelasnya, ruangan  digunakan bagi memperkenalkan UTeM sebagai universiti teknikal pertama di Malaysia dan perintis program TVET negara ini yang kini turut bergiat aktif memperluaskannya di rantau Asia Tenggara.

Pada majlis tersebut juga UTeM menyerahkan prospektus UTeM kepada Sun Chanthol dan merangka kerjasama dua hala antara UTeM dan kerajaan Kemboja.

Sementara itu. delegasi UTeM turut mengadakan perbincangan bersama wakil daripada Kementerian Buruh dan Latihan Vokasional Kemboja yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (DGTVET) Chan Vichet dan Pengarah, Jabatan Latihan Khun Leakhana.

Ujar Massila, antara perkara yang dibincangkan adalah peluang kolaborasi antara UTeM dan institusi-institusi di Kemboja dalam bidang TVET di samping mengenalpasti bidang-bidang dalam pendidikan TVET yang diperlukan oleh pihak Kemboja.

“Mereka turut menyatakan minat berminat dengan program pensijilan profesional, program padanan dalam bidang TVET serta latihan yang boleh disediakan oleh akademi TVET Wanita JELITA UTeM,” ujarnya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast