BEIRUT – Pengeboman berterusan oleh Israel ke atas Gaza mungkin membuka kewujudan ‘barisan hadapan lain’, amaran yang dikeluarkan oleh Menteri Luar Iran Hossein Amirabdollahian.
Beliau dipercayai merujuk kepada kumpulan pejuang Hezbollah dari Lubnan.
Amirabdollahian tiba di Beirut lewat petang Khamis, di mana beliau disambut oleh wakil Hamas dan Jihad Islam Palestin bersama pegawai Lubnan.
“Memandangkan pencerobohan berterusan, jenayah perang, dan pengepungan ke atas Gaza, kemungkinan membuka ‘medan lain’,” kata Amirabdollahian, bercakap kepada wartawan semasa ketibaannya.
Awal Khamis, Amirabdollahian telah melawat Iraq, di mana beliau membuat kenyataan yang sama selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani.
Tindakan luar janga Hamas ke atas Israel Sabtu lalu menimbulkan persoalan tentang sejauh mana peranan Iran dalam serangan mengejut yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Hamas telah menafikan pembabitan Iran terlibat secara langsung dalam serangan.
Walau bagaimanapun, ramai yang menunjukkan penajaan lama Iran terhadap Hamas yang merangkumi latihan, pembiayaan dan menyediakan senjata.
Amir-Abdollahian melawat Iraq dan juga dijangka mengadakan perbincangan di Syria akhir minggu ini sebagai sebahagian daripada lawatan serantau.
Perjalanannya dilakukan di tengah-tengah ketegangan antara Hizbullah, yang bersekutu dengan Tehran, dan Israel di sepanjang sempadan selatan Lubnan. – MalaysiaGazette