Keadaan di Mid Valley Southkey petang Sabtu.

KUALA LUMPUR – Pengurusan The Mall, Mid Valley Southkey dan Hotel St. Giles Southkey mengesahkan pihaknya menerima ancaman keselamatan menerusi satu panggilan telefon dari pemanggil tidak dikenali pada Sabtu petang.

Dalam satu kenyataan ringkas malam ini, pihak pengurusan berkata, ancaman tersebut segera dimaklumkan kepada semua pihak berkuasa yang berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia dan bomba.

“Kami mengesahkan siasatan oleh pihak berkuasa yang terlibat sedang dijalankan dan pihak kami mmembantu mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, pengurusan pusat beli belah dan hotel itu berkata, pihaknya telah diarahkan supaya mengosongkank kawasan yang terlibat sebagai langkah proaktif dan proses tersebut berjalan lancar.

“Keselamatan tetamu, pengunjung, pennyewa, pekerja dan komuniti menjadi keutamaan kami,” katanya.

Petang tadi video serta gambar-gambar tular menunjukkan para pengunjung di pusat beli-belah itu bergegas mematuhi arahan pengosongan kira-kira jam 5.45 petang dipercayai ekoran ancaman bom. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast