Dr. Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menyifatkan pendirian Kerajaan Madani terhadap isu kekejaman, kezaliman dan ketidak perikemanusian sebagai ‘tidak telus’ dan ‘tidak jelas’.

Presidennya, Datuk Dr Ibrahim Ali berkata, pengumuman sebanyak RM10juta sebagai sumbangan kepada Tabung Kemanusian Palestin, tidak mencerminkan kemarahan majoriti warga dunia sejagat selain, mendakwa ia hanya sekadar menunjukkan simpati secara sepintas lalu.

“Kenapa Kerajaan Malaysia, Wisma Putra tidak memangil duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia dan menyatakan kecaman kutukan di atas perbuatan zionis Israel terhadap rakyat Palestin yang berterusan.

“Menimbulkan tindak balas Hamas untuk mempertahan hak rakyat Palestin tidak lebih dari menutup kejahatan Israel terhadap rakyat Palestin yang berterusan seperti merampas tanah-tanah milik rakyat Palestin dan melakukan berbagai kekejaman,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Justeru katanya, Putra mendesak kerajaan supaya mengutuk dan mengecam keganasan dan kegilaan zionis Israel yang disokong oleh AS dan sekutu Eropah secara langsung dengan cara menyerah nota bantahan rasmi terhadap zionis Isrsel dan sekutunya melalui duta AS di Malaysia dan melalui Duta Malaysia ke AS secara terus menerusi Rumah Putih Presiden kuasa besar dan duta Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ujarnya, nota bantahan itu perlu diserahkan kepada Setiausaha Agung PBB dengan segera dan kecaman sama hendaklah diserah kepada sekutu-sekutunya oleh duta-duta Malaysia kepada Presiden Perancis, Perdana Menteri Britain, Canselor Germay, Presiden India dan Presiden parlimen Eropah.

“Putra berharap tidak ada permainan wayang atau retorik dalam menangani isu kekejaman dan kejahatan zionis Israel yangv sudah berlarutan lebih 75 tahun.

“Kekejaman ini akan berterusan tanpa henti dan kita rakyat Malaysia yang prihatin wajib mengutuk zionis Israel dan sekutunya tanpa henti,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast