Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dilihat mencipta sejarah baharu di negara ini, kata Datuk Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata langkah Iskandar Dzulkarnain menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merekodkan ‘budaya’ baru dalam arena politik negara tanpa perlu keluar daripada parti.

“Iskandar pun bukan keluar parti. Dia mencipta sejarah baru. Sokong PMX tetapi tidak perlu lompat parti. Tidak perlu PRK. Muhyiddin sahaja yang cepat koyak.

“Kalau Iskandar dipecat, bermakna Muhyiddin tidak rasional. Iskandar boleh bertanding semula. Dia hero kerana mencipta precedent baru,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Puad berkara demikian mengulas laporan media bahawa Iskandar Dzulkarnain mengisytiharkan bahawa beliau akan menyokong Anwar kerana mahu mengurangkan beban kos sara hidup yang meningkat untuk penduduk kawasannya.

Iskandar dari Bersatu berkata sokongan beliau berkuatkuasa hari ini bertujuan untuk melihat samada Anwar akan mengotakan janjinya berkenaan dana peruntukan kawasan untuk ahli parlimen.

Puad turut berkata sokongan Iskandar Dzulkarnain terhadap Anwar adalah sesuatu yang tetap melihat kepada niatnya untuk menyokong PMX demi peruntukan pembangunan di kawasannya.

“Alasan dia pun kukuh. Demi rintihan pengundi dan keperluan menangani kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasannya,” katanya lagi.

Perikatan Nasional (PN) menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa Iskandar Dzulkarnain didatangi seorang ahli perniagaan pada 26 September yang menjanjikan habuan wang dan kedudukan dalam beberapa syarikat serta mendesak beliau menyokong menyokong perdana menteri.

Malah pada 1 Oktober, Iskandar Dzulkarnain bertemu seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan “diugut akan didakwa atas kesalahan rasuah” sekiranya enggan menantandatangani kenyataan untuk menyokong kerajaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast