Gambar hiasan

BOGOTA – Menteri Luar Negeri Colombia, Alvaro Leyva meminta Duta Israel, Gali Dagan, memohon maaf dan meninggalkan negara itu.

Permintaan ini dibuat sehari selepas Presiden, Gustavo Petro mengancam untuk menggantung hubungan dengan Israel berikutan keputusan negara tersebut untuk menghentikan eksport bahan keselamatan ke Colombia sebagai tindak balas terhadap pendiriannya mengenai krisis Timur Tengah.

Menerusi platform X, Menteri Luar Columbia meminta Petro dihormati dan menyifatkan Dagan sebagai biadap.

Leyva menekankan kepentingan sopan santun dalam hubungan antarabangsa dan menggesa Duta Israel itu sekurang-kurangnya memohon maaf dan meninggalkan negara itu.

“Sejarah diplomasi universal akan mencatat sebagai tonggak bersejarah ketidaksopanan yang tidak bermakna dari duta besar Israel di Colombia terhadap Presiden Gustavo.

“Malu pada dia. Sekurang-kurangnya, dia mesti memohon maaf dan meninggal negara. Kecerdasan dihadapi dengan kecerdasan. Ada negara yang dipertaruhkan,” ujarnya.

Kenyataan Leyva meningkatkan ketegangan dalam hubungan diplomatik yang telah  tegang antara kedua-dua negara.

Sebelum ini Kementerian Luar Israel memanggil Duta Besar Colombia dan menegurnya berhubung komen ‘musuh dan anti-Semitik’ yang dikeluarkan oleh Petro.

Petro tetap enggan mengutuk serangan terbaru Hamas ke atas Israel, walaupun terdapat rayuan daripada Israel dan Amerika Syarikat.

Dagan bertindak balas terhadap hantara yang dilakukan Petro dalam laman media sosial Petro sepanjang konflik Israel-Palestin.

Petro pula mengisytiharkan keengganannya untuk menyokong pembunuhan beramai-ramai dan berjanji menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, yang mana ribuan nyawa terkorban akibat serangan udara Israel.

Petro menegaskan: “Jika kita perlu menggantungkan hubungan luar negeri dengan Israel, maka kita akan melakukannya. Presiden Colombia tidak akan membiarkan penghinaan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast