KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia mendapat tonik baharu apabila kembali menghampiri kelompok 10 terbaik dunia selepas menduduki tangga ke-11 dalam kemas kini terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Berdasarkan kemaskini dikeluarkan hari ini, Zii Jia mendaki tiga anak tangga di mana dia sebelum ini menduduki tangga ke-14 dunia.
Lonjakan itu berdasarkan kejayaan pemain berusia 25 tahun itu menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Finland di Vantaa pada hujung minggu lalu.
Dia menamatkan kemarau kejuaraan selama 17 bulan dengan menewaskan seorang lagi perseorangan negara, Ng Tze Yonga dalam ksi final.
Sebagai rekod, kali terakhir Zii Jia bergelar juara adalah ketika memenangi Kejohanan Badminton Terbuka Thailand pada Mei 2022.
Tze Yong, dalam pada itu, turut meningkat dua anak tangga untuk mendiami kedudukan terbaiknya di tangga ke-17 dunia. – MalaysiaGazette