Pas Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan

SHAH ALAM – Pas akan mengarahkan akar umbinya menyokong mana-mana calon yang mesra Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak, 4 November ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pertimbangan itu mungkin dibuat susulan kebarangkalian parti-parti utama kerajaan dari Semenanjung dijangka tidak meletakkan calon masing-masing.

“Kita tengok parti yang mesra dengan kita sebab di sana GPS yang bertanding.

“PH tiada kot, mungkin menang tak bertanding kot, tak tahu lah, itu kita akan beri arahan kepada ahli kita.

“Iya (kita akan beri arahan secara rasmi),” katanya kepada pemberita ketika melawat pusat media sempena Muktamar Pas Pusat kali ke-69 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini, hari ini.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Jepak pada 4 November, manakala pengundian awal 31 Oktober.

PRK DUN Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip pada 15 September lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast