KUALA LUMPUR – Dua penyanyi popular Indonesia yang memiliki merdu, Afgan dan Lyodra kini tampil berkolaborasi dalam lagu berjudul Ada.
Lagu tersebut ditulis oleh Afgan sendiri pada tahun 2020 apabila dia menerima berita bahawa salah satu orang yang paling rapat dalam hidupnya memutuskan untuk berpisah dengan pasangannya setelah bertahun-tahun menjalani hubungan.
Mendengar berita itu, Afgan merasa sedih dan memutuskan untuk meluahkan perasaannya dengan menulis Ada dengan harapan, mereka berdua dapat kembali bersama suatu hari nanti.
Namun pada ahun ini Afgan dan Lyodra menjalin komunikasi di media sosial dan mereka meluahkan hasrat untuk berduet kerana sama-sama mengagumi satu sama lain pun menjadi kenyataan iaitu menerusi Ada yang sebelumnya Afgan sempat lupa akan kewujudan lagu tersebut.
“Saya dan Lyodra bersama-sama mencari lagu yang sesuai untuk kita berdua, tapi tidak dapat juga. Sampai akhirnya, saya diingatkan soal lagu ada yang saya tulis tiga tahun lalu.
“Saya memperdengarkannya pada Lyodra dan dia langsung suka. Ternyata, lagu tersebut memiliki waktunya sendiri dan lebih bagus dibawakan berdua,” jelas Afgan.
Ketika rakaman, Afgan mengakui dia sering memberi perhatian kepada Lyodra sekaligus mengarahkan vokalnya kerana dia ingin lagu yang melankolia namun di saat yang sama juga mahu ia dibuat sesempurna mungkin.
Sebabnya, kerana Ada amat bermakna bagi jejaka itu berusia 34 tahun itu.
“Lagu ini sangat peribadi untuk saya dan saya sayang sekali pada lagu ini. Lyodra sendiri juga mahu menerokainya dan dirinya sangat menyenangkan, membuat saya yakin bahawa hanya Lyodra yang sesuai membawakan lagu ini bersama saya,” kata Afgan.
Sementara itu, rakaman video muzik Ada berlangsung di Tulamben, Bali dan diarahkan oleh Bramsky. Segala-galanya yang ada di klip video itu dari konsep hingga nada sudah lebih dibincangkan oleh Afgan dan Lyodra.
Walaupun Lyodra sakit dan hampir pengsan semasa fotografi gambar, proses penggambaran berlangsung dengan baik dan lancar.
“Afgan adalah pasangan yang baik dan sangat merendah diri. Kami banyak berbincang tentang Ada dari awal sehingga lagunya dikeluarkan, bermula dari rakaman hingga klip video. Afgan memberi kebebasan pada saya untuk mencuba apa sahaja dan dia sangat menyokong tindakan saya.
“Proses rakaman pun menyenangkan kerana dia menemani dan mengarahkan saya. Semoga ramai suka akanlagu ini, boleh menemani hari-hari para pendengar, banyak yang merasai, dan menjadi doa bagi kalian yang tengah mengalami konflik dengan pasangan.
“Ingat, apa yang anda hadapi, anda akan tetap bersama. Semoga dipermudahkan langkah anda agar kita bersama menjadi lebih baik. Selamat mendengarkan Ada di semua platform digital,” kata Lyodra. – MalaysiaGazette