isu 3R kerajaan tebuk atap
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Kegagalan Pas memberi kefahaman tentang Islam dikatakan menjadi punca tahaluf siyasi atau kerjasama politik yang dijalinkan dengan DAP sebelum ini gagal.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pemimpin-pemimpin Pas mungkin terlupa tentang dapatan kajian bertajuk ‘Tahaluf Siyasi Dalam Politik Dakwah – Hubungan Politik Pas & DAP di Pulau Pinang’ pada 2021.

Menurut beliau, kajian yang dilakukan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden itu merumuskan bahawa ‘DAP tidak menghormati dasar Islam Pas kerana Pas gagal beri kefahaman tentang Islam kepada rakan tahaluf siyasinya’.

“Pas bukan badan dakwah. Ia parti politik. Politics first, dakwah second.vSebab itu tahaluf siyasi Pas kerap gagal. Perpecahan Perikatan Nasional (PN) menunggu masa,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Mohd Puad mengulas mengenai usul yang dibawa Ahli Parlimen Bangi, Shahredzan Johan di Dewan Rakyat semalam untuk merujuk Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Syahredzan mendakwa Ahmad Marzuk ketika membahaskan Belanjawan 2024 Selasa lalu menggelarkan DAP sebagai kafir ketika mengecam Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee ekoran isu memetik tafsir ayat al-Quran yang tular.

Bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor memutuskan tiada ciri-ciri sangkaan jahat dalam perbahasan Ahmad Marzuk itu.

Mohd Puad juga menyifatkan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada kata pengantar kajian itu sebagai ironik.

Beliau memberitahu, Abdul Hadi menyatakan; ‘Mudah-mudahan kajian ini buka minda ilmu penganut yang tenggelam dalam kejahilan agama sendiri’.

“Sekarang ini siapa jahil? Pas suka menghukum. Pas tahu dalam DAP ada YB muslim. Bila mengkafirkan DAP secara blanket bermakna YB Bangi itu juga kafir. Apakah itu dakwah?” soalnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. belajar tidak memahami apalagi mengamalkannya. MP Bangi ni antara pemilik pemikir yang sempit.
    simple Negara Indonesia diistiharkan Negara Islam tapi bukan rakyatnya beragama Islam, mudah difahami yakni MAJORITY dan bukan SEMUA.
    Begitu juga dapatan mengatakan Malaysia adalah Negara Islam bermakna bukan PASTI MP Bangi adalah antaranya.
    Ini antara pemahaman mudah contoh bilamana DAP adalah kafir bukan PASTI MP Bangi adalah antaranya.
    mudah benda mudah SENANG perkara SENANG so jangan beratkan otak yang berkarat.

Comments are closed.