Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang diiringi Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga kiri) bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (tiga kanan) serta barisan kepimpinan tertinggi PAS pada Perasmian Muktamar Tahunan Pas ke-69 di IDCC Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 20 OKTOBER 2023.

SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kemunculan pertamanya di Muktamar Pas ke- 69 di sini hari ini.

Dr Mahathir hadir sebagai tetamu kenamaan tiba pukul 10 pagi disambut Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta kepimpinan utama PN.

Kehadiran Dr Mahathir diumumkan oleh Pengarah Muktamar yang juga Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Muktamar tahunan itu akan dirasmikan Abdul Hadi disaksikan kepimpinan Pas di Ideal Convention Centre (IDCC).

Untuk rekod, Muktamar Tahunan Pas kembali diadakan di Shah Alam selepas 10 tahun.

Kali terakhir parti itu mengadakan muktamar di Shah Alam adalah pada November 2013 di Stadium Malawati. – MalaysiaGazette