Keratan layar laporan antarabangsa menunjukkan beberapa trak kemanusiaan mula masuk ke Gaza.

GAZA CITY – Bantuan kemanusiaan telah mula memasuki Semenanjung Gaza dari Mesir melalui pintu Rafah.

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Baitulmaqdis berkata, pihaknya telah menerima maklumat bahawa lintasan sempadan Rafah antara Gaza dan Mesir dibuka pukul 10 pagi waktu tempatan.

Media melaporkan kira-kira 20 trak membawa bantuan kemanusiaan dilihat memasuki Gaza.- Agensi