Nurul Izzah ketika mengadakan demonstasi membantah kekejaman Israel.

KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat (AS) digesa memainkan peranan menghentikan segera serangan ganas Israel terhadap rakyat Palestin.

Gabungan Wanita Malaysia untuk Al-Quds dan Palestin (MWCQP)
Nurul Izzah Anwar berkata, pemimpin AS masih belum mengutuk kekejaman yang dilakukan Israel berbanding pemimpin dunia lain.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengutuk kekejaman ni. Negara-negara lain khususnya AS perlu hadap peranan mereka dalam krisis ni.

“Sikap kerajaan AS jelas, lagi-lagi bila ahli politik mereka sendiri dikritik oleh White House,” katanya dalam kenyataan.

MWCQP menghantar nota bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara semalam.

Gabungan itu menyatakan sokongan penuh untuk menyelesaikan konflik yang berterusan di Palestin.

Gabungan tersebut juga menghantar nota bantahan kepada Kedutaan AS di ibu negara semalam.

Nurul Izzah bersama aktivis ternama lain menekankan betapa pentingnya dunia mengenali dan bertindak atas ketidakadilan yang berlaku pada masyarakat Palestin.

Beliau juga menyeru masyarakat antarabangsa, untuk mendengar seruan komuniti dunia bagi menghentikan keganasan yang sedang berlaku ketika ini.

“Negara seperti United Kingdom yang terpengaruh dengan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden perlu mendengar rayuan dari rakyat Malaysia dan seluruh dunia untuk menghentikan pembunuhan besar-besaran ni. Keadilan adalah asas masyarakat kita,” tambah anak sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Nurul Izzah turut meminta media seluruh dunia untuk melaporkan ketidakadilan yang dialami oleh warga Palestin dengan seimbang dan benar.

“Nyawa setiap anak Palestin adalah bernilai,” katanya yang  menegaskan seruan untuk cari penyelesaian adil di Palestin. -MalaysiaGazette