Sunday, December 15, 2024
Home Dunia Polis London cari pemandu tube pro Palestin

Polis London cari pemandu tube pro Palestin

Perarakan solidariti untuk Palestin di United Kingdom. Foto Middle East Eye

LOMDON – Polis dan Transport For London (TfL) sedang melakukan siasatan selepas seorang pemandu London Tube dipercayai melaungkan kata-kata semangat pro-Palestin di dalam kereta api.

Sebuah video yang tular memperdengarkan suara seorang pemandu melaungkan “Bebaskan Palestin” melalui sistem penyampaian dalam kereta api itu.

Ketika itu kebanyakan penumpang dalam perjalanan menyertai perarakan pro-Palestin.

Polis Pengangkutan British (BTP) dan TfL berkata, mereka sedang menyiasat kejadian itu.

Pada hari Sabtu, dianggarkan 100,000 berkumpul di tengah London untuk menunjukkan solidariti dengan rakyat Palestin.

Dalam video yang sedang disiasat, pemandu itu juga kedengaran berkata “semoga anda semua mempunyai hari yang menyenangkan hari ini” dan “semoga mereka semua dalam doa anda”.

Penolong Ketua Konstabel BTP Sean O’Callaghan berkata: “BTP menyedari rakaman yang tersebar di media sosial yang memperdengarkan kata-kata semangat oleh oleh pemandu kereta api.

“BTP sedang bekerjasama dengan Transport for London dan menyiasat perkara itu,” katanya.

TfL berkata ia “komited untuk menyediakan rangkaian yang selamat untuk semua orang”. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast