bendera korea utara
Gambar Hiasan

SEOUL – Pihak berkuasa Korea Selatan menahan sebuah bot Korea Utara yang membawa individu yang dipercayai ingin berpaling tadah dari negara asalnya.

Bot kayu kecil itu ditahan di bandar timur Korea Selatan, Sokcho selepas dikesan berhampiran Garisan Had Utara, sempadan laut antara kedua-dua Korea, awal Selasa, kata Ketua Turus Bersama.

Tentera tidak mendedahkan berapa ramai orang di atas bot itu, tetapi agensi berita Yonhap melaporkan terdapat empat warga Korea Utara berada di atas kapal itu dan mereka mahu berpaling tadah.

Ia adalah kes kedua warga Korea Utara menyeberangi sempadan laut dalam beberapa bulan kebelakangan ini, selepas sembilan orang menyeberangi sempadan laut barat dengan bot nelayan pada Mei lalu.

Kebanyakan orang Korea Utara yang melarikan diri melalui China dan Asia Tenggara, bukannya cuba menyeberangi sempadan yang dikawal ketat antara Korea Utara dan Selatan.

Pada 2019, Korea Selatan menghantar pulang dua nelayan Korea Utara yang disyaki membunuh 16 rakan di atas kapal mereka ketika menyeberangi sempadan laut.

Bulan ini, Korea Selatan berkata, ia telah membuat bantahan kepada China berhubung penghantaran pulang secara paksa sejumlah besar warga Korea Utara, yang menurut kumpulan hak asasi manusia mereka ini bakal dipenjara dan didera oleh pihak berkuasa Korea Utara.

Jurucakap Kementerian Luar China yang mengulas tindakan itu berkata, pada masa itu tidak ada “yang dipanggil pembelot” di China, apabila ditanya mengenai laporan Beijing telah menghantar pulang kira-kira 600 pembelot Korea Utara. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast