GAZA CITY – Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan kejam dan berterusan Israel meningkat kepada 7,326 orang.
Serangan ganas yang genap tiga minggu tersebut menyaksikan 3,038 kanak-kanak turut menjadi mangsa pembunuhan Israel.
Sementara itu Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mendakwa pejuang pembebasan Palestin, Hamas menjadikan Hospital Shifa sebagai markas.
Beliau turut berkongsi video grafik yang direka oleh pihak Israel bagi memperkukuhkan dakwaan bahawa hospital terbesar di Gaza itu menjadi pusat operasi Hamas.
Israel sebelum ini nekad untuk memusnahkan hospital di Gaza dengan mengarahkan pengosongan 22 pusat kesihatan.
Sementara itu Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam platfom X berkata, pihaknya akan ‘melakukan operasi’ terhadap hospital berkenaan.- Agensi