Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari bercakap kepada Malaysia Gazette di Pejabat UMNO Bahagian Shah Alam, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 31 OKTOBER 2023.

SHAH ALAM – UMNO sukar untuk kembali pulih menjadi parti orang Melayu jika masih terdapat segelintir bekas pimpinannya yang terus melakukan sabotaj dalaman meskipun pemilihan sudah berlalu hampir lapan bulan lalu.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, ia bukan perkara baharu bahkan sudah berlarutan sejak sekian lama sejak kewujudan parti itu.

Kemuncaknya dapat dilihat ketika kejatuhan Datuk Seri Najib  Razak.

“Masalah UMNO ini yang menjejaskan imej parti adalah orang UMNO sendiri di semua peringkat kepimpinan. Saya tak boleh elak bergaduh sesama kita dan suka menjadi mata perhatian dan tumpuan umum, itu bukan Shah Alam, di mana-mana sahaja.

“Apatah lagi bekas presiden kita, Datuk Seri Najib lagi teruk diaibkan. Bagi saya itu asam garam dalam politik,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari bercakap kepada Malaysia Gazette di Pejabat UMNO Bahagian Shah Alam, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 31 OKTOBER 2023.

Azhari berkata, serangan yang diterimanya lebih hebat khususnya daripada calon lain yang bertanding untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam ketika proses pemilihan UMNO sesi 2023-2026 pada 19 Mac lalu

“Masa pemilihan hari itu lagi hebat, pelbagai strategi dan senjata digunakan di sebelah sana, nakkan bertanding dalam jawatan.

“Saya takkan menggunakan kaedah untuk hentam orang atau mencari aib orang atau memburukkan orang apatah lagi nak mengata orang itu.

“Saya suka menunjukkan hasil kerja saya dan profesionalisme saya dan ketabahan saya, kekuatan saya itulah orang nampak, ramai pemimpin nampak bahawa saya pejuang untuk parti bukan untuk diri sendiri,” katanya.

Tambah Azhari, meskipun diasak bertubi-tubi walaupun sudah memenangi jawatan itu namun ia tidak menjejaskan tumpuannya untuk menaikkan imej UMNO di mata rakyat.

“Nak kata persepsi rakyat apa, bagi saya dalam hal macam mana dulu rakyat marah dengan Pakatan Harapan (PH) memerintah negara 22 bulan pun dia menang banyak juga kerusi kali ini.

“Ketika itu macam-macam orang kata, tapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini dia (PH) menang 80 kerusi,” katanya lagi.

Beliau mengakui sukar untuk membaca pemikiran rakyat dan pengundi di sini walaupun UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah putus asa memberi bantuan dan sumbangan sebelum ini.

“Persepsi rakyat ini susah kita nak baca pemikiran dia, Shah Alam ini apa sahaja tak buat, tolong rakyat, bantu dan sebagainya tapi bila tiba pilihan raya kalah tiga penggal (BN).

“Apatah lagi orang kita sendiri sukar sebar apa yang tidak sepatutnya, benda ini sepatutnya disimpan secara dalaman, dia suka nak sebar, mungkin nak tunjuk dia hebat, terpulanglah mungkin ada matlamat tertentu, mungkin tak puas hati,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan zaman sekarang sangat mencabar apatah lagi kewujudan media sosial menyebabkan rakyat berani bersuara dan menyatakan pandangan tanpa sekatan.

“Kita tak boleh nak henti benda ini, zaman media sosial ini tiada cara nak kawal, Presiden Biden pun kena maki tepi jalan, lagi teruk, sorry to say f word.

“Zaman sekarang ini orang berani bercakap secara terbuka, berbeza pemikiran rakyat sekarang ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau segera menjawab isu berbangkit dan sedikit sebanyak dapat membendung isu itu menjadi teruk dan menjejaskan kepercayaan rakyat kepada UMNO.

“Saya cepat atasi isu, saya pergilah buat penerangan secara skala kecil, musuh dalaman akan cuba manipulasi seolah-olah benda itu imej buruk kepada parti.

“Saya pun tak ada apa nak kejar, pemilihan UMNO pun lagi lima tahun, calon belum tentu ada pun, perkara pertama kita nak bagi gambar jelas kepada orang UMNO dahulu.

“Kemudian majoriti di semua peringkat pimpinan cawangan semua dah jelas ia okay. Isu pun sudah panas lama, jarang berlaku boleh bertahan satu-satu isu itu hingga bertahun-tahun,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast