isu 3R kerajaan tebuk atap
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi sependapat dengan Khairy Jamaluddin bahawa pemimpin Pas kurang terdedah di peringkat antarabangsa, lantaran itu kepimpinan parti tersebut mesti keluar dari bawah temburung kerajaan empat negeri yang dipimpinnya.

Menurut Puad, beeliau tidak pernah mendengar pemimpin Pas berdialog Harvard Business Club, Council on Foreign Policy USA atau Nikkei Jepun.

Seperti kata Khairy, ada pemimpin PAS tolak jemputan dari Yusof Ishak Institute di Singapura.

“Pemimpin Pas takut berdialog di arena antarabangsa khususnya dengan pemimpin perniagaan dan media antarabangsa.

“Kemampuan Pas tersekat di empat kerajaan negeri sahaja,” ujar Puad yang juga Speaker Kerajaan Negeri Johor.

Dakwanya, kalau setakat hadir seminar di Timur Tengah tidak memadai.

Itupun Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak berfungsi sebagai wakil khas ke Timur Tengah yang bertaraf Menteri.

Ia kerana, Abdul Hadi gagal membantu Malaysia untuk menambah kuota haji.

Oleh itu, menurut Puad, Pas tidak cukup kemampuan untuk jadi peneraju negara. – MalaysiaGazette