KUALA LUMPUR – Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Insan Sejahtera Kuala Lumpur telah memberikan bantuan awal pengajian kepada pelajar yang tidak berkemampuan untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya.
YBR mengambil inisiatif menyalurkan bantuan kepada 110 pelajar dikalangan B40 di dalam satu majlis penyerahan, di sini, semalam.
Dalam kenyataan YBR memaklumkan, objektif bantuan itu adalah untuk menyediakan bantuan kewangan kepada penerima
yang layak sebagai permulaan memulakan semester atau menyediakan peralatan pengajian yang diperlukan untuk meneruskan pengajian.melibatkan kumpulan pelajar
dari kalangan asnaf dan keluarga B40.
Majlis Perasmian Bantuan Awal Pengajian YBR disempurnakan Ahli Parlimen, Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Sementara itu, Wan Azizah berkata, bantuan tunai yang diberikan inisiatif bagi mengurangi bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat dan beliau amat berterima kasih di atas sokongan berterusan yang diberikan oleh YBR dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik khususnya dikalangan pelajar di
sekitar Bandar Tun Razak.
Hadir sama pada majlis itu Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin; Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang; Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani; Ketua Bahagaian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman serta Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.
Menurut Philip, YBR akan berusaha untuk membantu lebih ramai pelajar dikalangan B40 sebagai persediaan dalam memulakan atau menyambung pengajian sedia ada serta dapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh keluarga di kawasan luar bandar.
Tambah beliau lagi, YBR juga menyambut baik inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam pembentangan Belanjawan 2024 di mana beliau telah mengarahkan semua IPTA untuk menghadkan bayaran semasa pendaftaran tidak melebihi RM1,500.
Malah, bagi kemasukan pelajar yang kurang kemampuan untuk membayar yuran pendaftaran tidak akan ditolak sehingga pelajar tersebut menerima bantuan pinjaman pendidikan.
“Bagi meneruskan usaha dalam menyediakan pelajar-pelajar dan golongan muda akses pendidikan yang berkualiti, inisiatif ini diharapkan memberi semangat kepada pelajar-pelajar di luar sana untuk meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi dan
seterusnya meningkatkan pembangunan modal insan negara,” katanya. – MalaysiaGazette