Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa Perdana Menteri masih berasa kedudukannya tidak selamat dalam kerajaan.

Bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, keadaan berkenaan mengakibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menggunakan agensi kerajaan untuk mengawal kritikan daripada pembangkang.

“Anwar ada simptom narsisistik, dia ingat dia berkuasa, dia ingat dia hebat tapi ia lahir daripada rasa tidak selamat (insecure). Kita boleh nampak habis satu dunia hubungi dia dia tinggal tidak datang ke rumah sahaja lagi.

“Dia tidak yakin dengan majoriti yang dia ada, padahal kini beliau sudah ada sokongan 149 ahli Parlimen jadi sebenarnya dia boleh jalan terus tapi sebab dia tidak yakin maka kerajaan mencengkam dengan cara kuku besi ini jelas kelihatan dilakukan kepada pembangkang,” dakwanya menerusi siaran langsung di TikTok malam tadi.

Dalam masa yang sama, Wan Saiful mendakwa Anwar tidak boleh menerima kritikan tentang pentadbirannya.

Ia dapat dilihat apabila Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil sebelum ini membuat ugutan secara umum menerusi siaran langsung.

“Rasa tidak selamat sehingga habis segala agensi kerajaan digunakan sebab tidak boleh dikritik,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Wan Saiful menganggap perkembangan semasa tersebut menguatkan lagi reformasi dalam kepimpinan Anwar yang telah mati.

“Banyak kali semasa Menteri Komunikasi bercakap di Parlimen kita (Perikatan Nasional) timbulkan (pertikaikan) tentang hak bersuara. Tapi realitinya mereka mempunyai kuasa jadi selagi mereka berkuasa reformasi telah mati.

“Dulu beria-ia kata kita perlu kebebasan media, media boleh bersuara di sosial media. Sekarang secara aktif dan agresif menggunakan dan mempergunakan agensi kerajaan mengawal kebebasan media yang ada,” dakwanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Bodoh la pendek ni,jika anwar rasa x selamat,dah tentu anwar akan tutup parlimen supaya mp x boleh bawa usul undi x percaya seperti yg pernah d buat oleh abahcow, sebaliknya anwar bawa sendiri usul percaya keatasnya dan dia menang.. itu jauh lebih berani dari abahcow..bodo punya pendek

Comments are closed.