Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin diirngi Timbalan Presiden Bersatu , Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika hadir pada Mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi Parto Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Ibu Pejabat pPrikatan Nasional, Publika, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 09 NOVEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa agar Akta Lompat Parti yang diwartakan pada 6 September laludikaji semula.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mesyuarat tergempar malam ini memutuskan perkara itu kerana berpandangan terdapat kelemahan yang parti itu merasakan ia perlu dikaji semula.

“Sebagai contoh dalam kes yang masih belum diputuskan oleh mahkamah terhadap empat Ahli Parlimen Bersatu yang bertindak menyokong kerajaan perpaduan.

“Kes itu masih berjalan dan masih menunggu keputusan mahkamah ialah kerana di peringkat Speaker (Dewan Rakyat) memutuskan bahawa mereka tidak melanggar (peraturan parti),” katanya.

Muhyiddin merujuk kepada tindakan Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah; Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi) dan Datuk Jonathan Yasin (Ranau) yang bertindak bertukar parti pada Januari lalu.

Ia membuatkan Bersatu menyifatkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul terkhilaf dalam memutuskan tiada kekosongan empat kerusi Parlimen dimenangi bekas ahli parti itu, atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Muhyiddin menegaskan, Johari jelas membuat tafsiran khilaf berhubung Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan.

Jelas Muhyiddin, keputusan itu dibuat Johari kerana beliau adalah orang yang berkepentingan kepada parti gabungan kerajaan.

Malah Muhyiddin berkata, segala keputusan yang dibuat Johari boleh dipersoalkan kerana beliau adalah orang parti yang memerintah kerajaan.

“Saya rasa suatu yang agak tidak adil, jadi sebab itu kita mahu cadangkan supaya ketika ini kita berdepan kes baru.

“Kalau kita katakan mereka sudah langgar pelembagaan, melewati batas, tapi itu pandangan kita, mungin tak sama dengan pandangan Speaker Dewan Rakyat sedangkan dalam Perlembagaan parti Bersatu, tafsiran tentang suatu tindakan itu bersandarkan kepada MPT Bersatu,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Lembaga Displin akan mengambil ketetapan tentang tindakan dua lagi Ahli Parlimen parti itu yang bertindak menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana parti telah memanjangkan laporan kepada Lembaga Displin dan memberikan kuasa kepada lembaga berkenaan untuk membuat keputusan.

“Bagi dua kes baharu iaitu Ahli Parlimen Gua Musang dan Jeli yang kita pun baru baca, juga melakukan tindakan amat tak bertanggungjawab, bertentangan dengan semangat dan perlembagaan parti kita, melanggar peruntukan yang ada, tindakan serupa sedang diambil.

“Laporan terhadap kedua Ahli Parlimen itu telah dibuat kepada Lembaga Displin dan akan bersidang dalam masa terdekat, hukuman akan dijatuhkan kepada mereka,” jelas Muhyiddin. – MalaysiaGazette