KUALA LUMPUR – Polis memohon bantuan orang ramai untuk membantu mengesan seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 4 November lepas.

Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan Muhammad Azwan Azman, 28, kali terakhir dilihat ahli keluarganya di kediaman mereka di PPR Seri Malaysia Fasa 11, Taman Desa Petaling, di sini.

Menurut kenyataan itu, lelaki berkenaan mempunyai masalah psikiatri serta luka di lutut yang menyukarkan beliau berjalan.

Laporan polis telah dibuat pada 8 November oleh kakak lelaki berkenaan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, diminta menghubungi Sarjan Aktiviti Balai Polis Salak Selatan Baru Sjn Md Jailani Samsi di talian 016-4477 875 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast