Antara kenderaan yang terjejas akibat mendapan tanah di parkir awam, Puchong, Selangor. Foto ihsan JBPM

KUALA LUMPUR- Enam van dan sebuah lori terjejas akibat mendapan tanah di kawasan tempat letak kenderaan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Bandar Puchong Utama 6, Selangor, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata kejadian berlaku pada 6.46 petang berikutan hujan lebat, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Beliau berkata susulan itu, sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Puchong digegaskan ke tempat kejadian bagi memantau keadaan.

“Anggota bomba bertindak memastikan sekitar kawasan berada dalam keadaan selamat manakala kerja-kerja mengeluarkan kenderaan dari mendapan tanah diserahkan kepada pihak MBSJ dan polis yang berada di lokasi kejadian,” katanya kepada Bernama.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast