Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain. Foto MUHD NA’IM, 21 SEPTEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Polis menasihatkan orang ramai jangan membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan berhubung kes melibatkan Ahli Parlimen Kepala Batas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan keterangan Dr Siti Mastura Mohammad telah diambil berhubung ucapannya terhadap pucuk pimpinan DAP.

Siasatan telah dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Siti Mastura hadir ke Ibupejabat Polis Bukit Aman hari ini bagi dirakam keterangan susulan kes yang sama. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Saya disiasat atas isu 3R, sudah serah bukti – Siti Mastura

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast