Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR – Pergerakan Wanita UMNO dan Barisan Nasional siapsiaga menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman walaupun terpaksa berdepan dengan kemungkinan banjir ketika kempen sedang berlangsung.

Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, segala perancangan dan langkah berjaga-jaga telah diatur dan gerak
kerja kempen akan disesuaikan mengikut keadaan semasa dengan mendahulukan bantuan kepada rakyat terjejas.

“Persediaan ini amat penting memandangkan Jabatan Meteorologi
Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Monsun Timur Laut dijangka bermula pertengahan November dan berlanjutan sehingga Mac tahun depan.

“Wanita UMNO dan Barisan Nasional juga mengalu-alukan pemilihan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK Kemaman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Noraini, pemilihan Raja Mohamed Affandi sebagai calon langsung BN menunjukkan kepimpinan parti sama ada di peringkat pusat, negeri dan bahagian memahami perubahan landskap politik semasa.

Wanita UMNO dan BN berharap para pengundi di Parlimen Kemaman dapat memberikan sokongan dan kepercayaan kepada calon BN untuk memberikan khidmat bakti kepada rakyat, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast