KUALA LUMPUR – Harga runcit bagi petrol RON97, RON 95 dan diesel bagi tempoh 6 hingga 22 November 2023 masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter untuk RON95 dan diesel RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk itu telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Penetapan harga runcit produk petroleum dilakukan secara mingguan dengan  menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast