Kit Siang enunjukkan buku biografinya yang dilancarkan hari ini.

KUALA LUMPUR – Vateran DAP, Lim Kit Siang tidak setuju dengan pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa mereka saling bekerjasama untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut bekas Setiausaha Agung DAP itu, parti itu bekerjasama dengan Mahathir kerana merasakan bekas perdana menteri itu telah berubah.

“Dua hari lalu bekas Perdana Menteri berkata dia menggunakan DAP, DAP mempergunakan dia untuk mencapai tujuan. Saya tidak bersetuju.

“Saya merasakan bahawa bekas perdana menteri seorang yang telah berubah, bersimpati dengan perjuangan urustadbir yang baik, kedaulatan undang-undang untuk sistem yang lebih bersih. Nanum ia sebaliknya,” kata Kit Siang.

Beliau berkata demikian dalam forum sempena pelancaran buku biografi keduanya yang bertajuk ‘Lim Kit Siang, Malaysia First, Volume Two, Bold to The Last Battle‘.

Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu juga tidak bersetuju dengan pendapat Mahathir bahawa negara ini akan mengalami perubahan dalam tempoh sembilan tahun lagi.

Beliau postif bahawa Malaysia akan bertambah lebih baik dalam tahun-tahun mendatang di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

“Saya fikir kita telah belajar daripada pengalaman pentadbiran Pakatan Harapan selama 22 tahun bahawa perubahan tidak boleh berlaku dalam tempoh satu malam. Ia mengambil masa dan tidak mustahil keadaan akan berubah.

“Ketika saya terjun dalam bidang politik pada 1965 saya tidak pernah fikir parti saya akan menjadi sebahagian kerajaan. Masa itu ada hegemoni UMNO yang kukuh dan tiada siapa sangka ia akan berlaku pada 2018,” katanya.

Dalam podcast Keluar Sekejap dua hari lalu, Mahathir mengakui bahawa beliau mengunakan DAP melalui prinsip ‘the enemy of my enemy is my friend’ bagi menjatuhkan Najib.

Menurut Mahathir, DAP turut mempergunakan beliau kerana tujuan mereka adalah sama dalam menjatuhkan Najib daripada jawatan perdana menteri.

Dalam podcast yang dihoskan oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan itu, Mahathir juga berkata, orang Melayu akan terpinggir dalam dalam tempoh sembilan tahun akan datang

“Bila saya kata dalam masa 20 tahun UMNO akan rosak, dia berlaku. Dalam masa sekian, sekian, dia terjadi, ia terjadi.

“…dan sekarang ini saya nampak dalam 10 tahun, negara kita ini berubah dan bukan lagi Tanah Melayu,” luah Mahathir.-MalaysiaGazette