Kira-kira 2,000 penduduk di Taman Lipat Kajang Perdana di Jasin hidup dalam kebimbangan ekoran kediaman diancam runtuhan 'kawah gergasi' sejak hampir dua tahun lalu.

JASIN – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) sudah memohon peruntukan berjumlah RM2.33 juta daripada Kerajaan Pusat sejak setahun lalu untuk menangani isu tanah runtuh sehingga menjadi ‘kawah gergasi’ di Taman Lipat Kajang Perdana (LKP).

“Kawah gergasi’ itu merisikokan nyawa kira-kira 2,000 penduduk Taman LKP di sini sejak hampir dua tahun lalu.

Yang Dipertua MPJ, Rosemanizam Mohammed Nalif berkata, pihaknya dan Jabatan Kerja Raya Daerah Jasin telah mengadakan lawatan siasatan di tapak runtuhan dan membuat tiga permohonan itu antara Julai 2022 dan terbaru pada 3 Mac lalu.

Menurutnya, permohonan itu disertakan bersama lampiran laporan awal pemeriksaan cerun di Pusat Koreksional Jasin memandangankan kawasan runtuhan melibatkan tanah Jabatan Penjara yang disediakan oleh JKR Cawangan Kejuruteraan Cerun bertarikh 5 Oktober 2022.

Rosemanizam Mohammed Nalif

“Nilai kos pembaikan yang dimohon kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjumlah RM2,330,000 kerana agensi negeri seperti MPJ, JKR dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tidak mempunyai peruntukan sebesar itu.

“Bagaimanapun sehingga kini MPJ masih belum menerima sebarang kelulusan permohonan namun kita akan menutup sementara kawasan cerun itu demi keselamatan penduduk,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Kira-kira 2,000 penduduk di Taman Lipat Kajang Perdana (LKP), Jasin, hidup dalam kebimbangan ekoran kediaman diancam runtuhan ‘kawah gergasi’ sejak hampir dua tahun lalu.

Menurut Rosemanizam, MPJ sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk dan memastikan mereka hidup dalam keadaan harmoni serta bebas daripada sebarang ancaman bahaya.

“MPJ memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan berharap penduduk dapat memberikan kerjasama dan ruang sehingga permasalahan ini diatasi,” katanya.

Semalam, MalaysiaGazette melaporkan dakwaan penduduk hampir 10 aduan sudah dibuat kepada pihak berwajib sejak 18 bulan lalu namun sehingga ke hari isu itu menemui jalan buntu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast