Wednesday, May 8, 2024
Home Seni Hidup Nabila Razali bergelar isteri

Nabila Razali bergelar isteri

Majlis pernikahan berlangsung di sebuah resort di Bukit Tinggi, Pahang.
KUALA LUMPUR – Penyanyi Nabila Razali, 31, hari ini sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, 38, yang juga bekas pelumba kereta.
Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali selamat dinikahkan oleh Jurunikah, Ustaz Fawwaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.
Pada majlis yang bertemakan English Garden itu, Nabila menerima mas kahwin berjumlah RM22.50.
Sementara itu, wang hantaran dirahsiakan.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan berjalan dengan lancar.
“Terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga yang turut menjayakan majlis ini, dan tidak lupa kepada peminat di atas doa dan sokongan yang diberikan kepada Bella dan suami,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Majlis yang dikelolakan oleh Terusik Event ini telah berlangsung secara sederhana itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat dan juga selebriti.
Antara selebriti yang hadir adalah seperti Hawa Rizwana, Amira Othman, Wany Hasrita, Ara Johari, Sissy Iman, Hael Husaini dan ramai lagi.
Pasangan itu bakal diraikan dalam satu majlis resepsi bertemakan Garden party formal yang berlangsung pada sebelah petang di tempat yang sama.

Sebelum ini, timbul gosip mendakwa majlis pernikahan Nabila dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta bakal disatukan pada ulang tahun ke-31 penyanyi itu, Isnin lalu.

Bagaimanapun, ia sekadar pengumuman Nabila yang menerima lamaran Nik Iruwan melalui perkongsian foto romantis di Instagram (IG). – MalaysiaGazette