KUALA TERENGGANU – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah megeluarkan notis penutupan bekalan elektrik di sekitar Gong Badak, hari ini ekoran banjir semakin buruk di negeri ini.

Menerusi kenyataan, TNB memaklumkan kawasan yang terbabit dengan penutupan bekalan elektrik sejak pukul 5 petang tadi ialah Taman Desa YT dan Taman LG Utama.

”Setakat jam 5 petang 21 November 2023, pihak TNB telah menutup bekalan elektrik di kawasan sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu susulan paras banjir yang semakin meningkat.

”Kawasan yang tidak mendapat bekalan elektrik ekoran penutupan bekalan oleh TNB demi keselamatan pengguna setempat ialah di Taman Desa YT dan Taman LG Utama.

”Sekiranya banjir semakin bertambah buruk, berisiko serta membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna setempat,” katanya.

TNB menasihati agar orang ramai sentiasa waspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir. Simpan dokumen penting di tempat yang selamat.

Sehingga jam 6 petang tadi, lima daerah terjejas akibat banjir di Terengganu membabitkan Kuala Terengganu, Besut. Marang, Setiu dan Kuala Nerus melibatkan 3,374 mangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast