DOHA – Piala Asia Qatar 2023 akan menyumbangkan hasil jualan tiket bagi menyokong bantuan kecemasan di Palestin.
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Tempatan Piala Asia-Qatar 2023 Hamad bin Khalifa Al Thani berkata pihaknya memutuskan untuk mendermakan hasil jualan tiket Piala Asia di Qatar untuk disalurkan kepada Palestin.
“Kami yakin bahawa inisiatif tanggungjawab sosial korporat ini akan memberi manfaat kepada mereka yang paling terjejas dan bola sepak memenuhi peranannya sebagai mekanisme sokongan untuk orang ramai pada masa yang paling sukar,” lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Piala Asia AFC Qatar 2023 dijadual berlangsung dari 12 Jan hingga 10 Feb 2024. – BERNAMA