Muhyiddin Sian See
Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 29 November ini bagi keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu pasportnya dipulangkan secara kekal tanpa syarat.

Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi memutuskan demikian selepas mendengar hujah pembelaan dalam prosiding permohonan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

Mahkamah mendengar hujah permohonan difailkan Muhyiddin pada 16 Oktober lepas.

Ketika prosiding, kata peguam Muhyiddin, Datuk K. Kumaraendran, tidak timbul isu anak guamnya berpotensi melarikan diri kerana beliau sentiasa patuh undang-undang, memberikan kerjasama penuh dan sentiasa menghadirkan diri ke mahkamah.

Katanya lagi, anak guamnya juga mempunyai beberapa jawatan penting dalam negara termasuklah bergelar wakil rakyat selain mempunyai aset di Malaysia.

“Anak guam saya juga telah membayar wang jaminan sebanyak RM2 juta dengan dua orang penjamin,” hujahnya hari ini.

Muhyiddin masih berdepan tiga pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Bagaimanapun, sebelum ini Mahkamah Tinggi telah telah melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta selepas membenarkan permohonannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast