isu 3R kerajaan tebuk atap
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Pemimpin UMNO menempelak kenyataan Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang mendakwa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berpotensi ‘pergi’ jauh selepas memenangi 31 kerusi Parlimen dalam tempoh enam tahun.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, Hamzah lupa parti itu kini semakin tertinggal jauh.

“Bukan sahaja ditinggal jauh oleh Pas tetapi oleh MP (ahli Parlimen) Bersatu yang akan tinggalkan parti itu,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Puncanya Bersatu tidak ada akar umbi sendiri.

Bidas Puad, Bersatu berjaya pun kerana Pas.

Jelasnya, Bersatu gagal mengganti UMNO, bahkan parti berkenaan tidak ada negeri sandaran macam Pas, UMNO dan PKR.

“Ini melemahkan daya juang wakil rakyat Bersatu. Mereka akan beralih jika tidak kepada Pas akan beralih sokongan kepada PMX. Bersatu akan ditinggal jauh sebelum PRU-16,” katanya.

Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu dalam kenyataannya menggesa ahli parti gabungan Perikatan Nasional (PN) itu bekerja lebih kuat untuk meningkatkan lagi pencapaiannya.

Menurut beliau, hanya dalam tempoh enam tahun penubuhannya, Bersatu yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin kini memiliki 31 kerusi Parlimen.

“Percayalah kita boleh pergi jauh… Bersatu baru enam tahun. Tidak ada sejarah parti dalam negara ini hanya enam tahun sudah ada Ahli Parlimen 31 orang. Hanya kita sahaja.

“Parti lain puluhan tahun ditubuhkan belum dapat pencapaian seperti ini. “Jadi kalau kita boleh kerja kuat, kita boleh capai reputasi lebih baik,” katanya ketika merasmikan konvensyen sayap bersekutu Bersatu di Shah Alam semalam. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.