KUALA LUMPUR – Kaunter perkhidmatannya meliputi Kaunter Setempat, Kaunter Duti Setem dan Kaunter Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Klang kini beroperasi di Tingkat 1, First Tower, Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor.
Kaunter-kaunter ini akan beroperasi di lokasi baharu yang dikenali sebagai Pejabat Satelit Klang mulai 4 Disember 2023.
Pemindahan ini turut melibatkan pejabat Seksyen Pungutan lokaliti Klang dan pejabat Cawangan Guaman Lembah Klang bagi Subseksyen Undang-Undang (Klang).
Berikut adalah alamat Pejabat Satelit Klang LHDNM:
Prima Klang Avenue (Blok A)
Jalan Kota / KS 1
41000 Klang
Selangor.
No. Telefon: 03-3361 4633
Waktu operasi kaunter-kaunter adalah seperti berikut:
(a) Kaunter Setempat: 8 pagi – 5 petang
(b) Kaunter Duti Setem: 8 pagi – 5.00 petang
Penerimaan bayaran duti sehingga jam 12.00 tengah hari sahaja
(c) Kaunter STR: 8 pagi – 5 petang . – MalaysiaGazette