KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara gah mengumumkan tidak akan bertanding mempertahankan jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) rupa-rupanya hanya ‘test the water’.
Ia susulan tindakan Muhyiddin membuat ‘U-turn’ (pusingan U) selepas sehari membuat pengumuman untuk tidak pertahan jawatan.
Dakwa Muhyiddin keputusan itu dibuat atas nasihat isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang mahu beliau untuk terus mencurahkan khidmat kepada negara.
Secara sinis, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi mendakwa, Muhyiddin ada DNA Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut pemimpin veteran UMNO itu, Muhyiddin hanya berlakon.
Malah, para perwakilan yang terjerit jerit minta Muhyiddin membatalkan niat asalnya juga berlakon.
Artikel berkaitan: Muhyiddin ubah keputusan selepas dapat nasihat isteri
Muhyiddin tidak pertahan jawatan Presiden Bersatu
Kata Puad, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin pasti kecewa.
Malah, Pas juga kecewa kerana hasrat parti itu memimpin PN terlepas.
Namun, dakwa Puad, drama politik ini tidak akan membantu Muhyiddin melonjak balik namanya.
Sebaliknya, ramalnya, kalau Hamzah teruskan niat lawan Muhyiddin tahun hadapan, beliau boleh menang kerana dia seorang strategis.
“Muhyiddin tidak ada ummph terutama jika ada lagi MP Bersatu istihar sokong Anwar Ibrahim,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini. – MalaysiaGazette