Foto yang dikongsi Netanyahu di laman sosialnya.

TEL AVIV – Pemilik syarikat kenderaan jenama Telsa Elon Musk mengadakan lawatan ke Israel hari ini dan berjumpa dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Netanyahu membawa Musk yang juga pemilik platform media sosial X ke kawasan Kfar Aza antara yang menjadi sasaran pejuang Hamas.

“Saya melawat Kibbutz Kfar Gaza bersama Elon Musk untuk menunjukkan kepadanya secara dekat jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan oleh Hamas,” kata Netanyahu.

Bagaimanapun pengikut laman sosial Netanyahu menggesa bilionair itu untuk turut melawat Gaza dan menyaksikan kemusnahan besar-besaran yang dilakukan Israel.

Sebelum ini Musk mengumumkan akan menyumbang kesemua perolehan pendapatan daripada iklan dan langganan di X berkaitan perang di Gaza kepada Palestin dan Israel.

Menurutnya dana kepada penduduk Gaza akan diserahkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin manakala sumbangan kepada Israel akan disalurkan terus kepada hospital di negara itu.

Musk sebelum ini dituduh sebagai anti Yahudi selepas secara terbuka menyokong teori konspirasi yang popular dalam kalangan ketuanan kulit putih: bahawa komuniti Yahudi menyokong “kebencian terhadap orang kulit putih.” – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast