Antara babak dalam perlawanan antara Kuala Lumpur City (KL City) dengan Kelantan United Football Club (KUFC) di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur City (KL City) mencatat kemenangan selesa apabila menewaskan Kelantan United Football Club (KUFC) 3-0 dalam saingan Liga Super yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur, malam tadi.

Skuad kendalian Nenad Bacina sepatutnya mendapatkan lebih dari tiga jaringan apabila memperoleh deretan peluang yang terhidang sepanjang 90 minit permainan tetapi gagal dimanfaatkan dengan baik oleh barisan pemain hadapan KL City.

Pujian juga harus diberikan kepada penjaga gol KL City, Azri Ghani apabila berjaya menyelamat beberapa peluang  asukan pelawat dapatkan jaringan.

Dalam perlawanan itu, KUFC kelihatan agak sukar untuk mengimbangi permainan pantas serta serangan bertali arus apabila anak buah Nazrulerwan Makmor hanya mampu melakukan serangan balas.

Pujian juga perlu diberikan kepada penjaga gol KUFC, Ilham Amirullah yang bertindak cemerlang malam ini dan jika bukan kerana tindakan tangkas beliau, sudah pasti pasukan pelawat akan dibolosi lebih banyak jaringan.

Tiga jaringan skuad The City Boys hadir menerusi Matko Zirdum pada minit ke-21, Paulo Josue minit ke-68 dan pemain gantian, Tchetche Kipre minit ke-78. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast