Pemandu jentolak maut dirempuh lori bersendi di Lebuhraya Pantai Barat di Klang hari ini. Ihsan Bomba Selangor

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah jentolak dan lori di lebuhraya dekat Klang hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya telah menerima mengenai insiden maut itu jam 4.47 petang tadi di Lebuhraya Pantai Barat berhampiran kawasan laluan dari Setia Alam menuju ke Asam Jawa, Klang.

Dalam nahas itu, lori telah merempuh jentolak.

Akibat rempuhan itu, pemandu lori berkenaan yang merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 44 tahun telah mengalami kecederaan pada kakinya.

“Manakala jentolak yang dipandu seorang lelaki warga Indonesia parah dan disahkan meninggal dunia di lokasiĀ  kejadian.

Mangsa yang meninggal dunia dikenalpasti sebagai Krispianus Kewa Ama, 30, beralamat di Taman Eng Ann, Klang.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis dan dibawa ke hospital.-MalaysiaGazette