KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur harga barangan di pintu kilang, turun perlahan sebanyak negatif 0.3 peratus pada Oktober 2023 selepas peningkatan 0.2 peratus pada September 2023

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, sektor pembuatan turun sebanyak negatif 0.7 peratus pada Oktober 2023 (September 2023: -0.8%), membawa kepada penurunan dalam indeks keseluruhan bulan ini.

Subsektor yang menyebabkan penurunan ini adalah pembuatan kok & produk petroleum bertapis (-8.8%), pembuatan produk makanan (-4.2%) dan pembuatan bahan kimia & produk kimia (-2.0%).

Pada masa yang sama, indeks bekalan elektrik & gas juga turun negatif 0.5 peratus.

Sementara itu, sektor pertanian, perhutanan & perikanan meningkat 3.8 peratus (September 2023: 3.2%) disebabkan oleh peningkatan dalam indeks pngeluaran ternakan (4.3%) dan enanaman tanaman kekal (3.8%).

Sektor perlombongan juga mencatatkan peningkatan kecil 0.5 peratus pada Oktober 2023 berbanding 6.9 peratus pada bulan sebelumnya, disokong oleh indeks pengekstrakan petroleum mentah (5.6%).

Selain itu, indeks bekalan air meningkat sebanyak 1.0 peratus.

Beliau menjelaskan lagi, pada asas bulanan, IHPR Pengeluaran Tempatan menurun sebanyak negatif 0.3 peratus pada Oktober 2023 selepas mencatatkan peningkatan 0.9 peratus pada bulan sebelumnya.

Kebanyakan sektor menunjukkan penurunan kecuali sktor bekalan air yang mencatatkan peningkatan 0.8 peratus.

Sektor pertanian, perhutanan & perikanan turun negatif 1.5 peratus, dipengaruhi oleh indeks penanaman tanaman kekal (-2.5%).

Sektor perlombongan merosot negatif 1.3 peratus, kesan daripada indeks pengekstrakan gas asli (-6.6%).

Pada masa yang sama, sektor pembuatan turun perlahan negatif 0.1 peratus disebabkan indeks pembuatan produk makanan (-0.6%) dan
Pembuatan kok & produk petroleum bertapis (-0.6%).

Sektor Bekalan elektrik & gas juga turun negatif 0.6 peratus bulan ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast